Tuesday 26 September 2017

Dengan NAma Allah Yang Maha PEmurah Lagi Maha Penyayang.

Subhanallah
Alhamdulillah
Allahu Akbar

Kekok rasanya bila mula menaip dan cuba menyususn ayat setelah sekian lama meninggalkan keyboard dan dunia penulisan ini.

Allah ya Allah
Lama sungguh impian dan cita-cita ini tersimpan dalam hati.
Hamba yang dhaif ini memohon kekuatan dan pertolonganMu dalam menghidupkan blog ini. 

Cita-cita hamba mudahan ia mampu menjadikan hamba sentiasa dalam dunia ilmu. Belajar dan menyebarkan ilmu. Memanfaatkan ruang masa dan segala kemudahan yang Engkau anugerahkan kepada hamba.

YA Allah

Impian hamba, hamba mampu dan bijaksana dalam mengurus satu blog untuk membangunkan jiwa ibu bapa anak istimewa seperti hamba. Doa hamba, mudahan hamba boleh berkongsi ilmu jua pengalaman dengan mereka. Mdahan anak-anak istimewa kami tidak disisihkan apalagi dibiarkan ketinggalan. Mudahan kami kuat dalam memberi apa jua kebaikan untuk mereka.

YA Allah
Jika Engkau izinkan. HAmaba jua berhajat untuk mebuat blog untuk kaum wanita muslimah juga. 
Blog khusus untuk kami berbincang tentang hukum darah wanita. PAda masa yang sama, kami saling ingat memperingatkan tentang ilmu taharah, aurat dan sebagainya.  YA Allah. Hamba mohon, mudahan dengan blog itu, hamaba akan mampu belajar juga pada masa yang sama hamba boleh membantu saudara muslimah kami di luar sana. 

YA Allah. Eng kau Maha Kaya. Maha Memiliki segalanya. Ajar hamba Ya Allah. Bantu hamba Ya Allah. Kasihani Hamba ini Ya Allah. MAkbulkanlah impian juga hasrat hamba yang Engkau redhai...

YA Allah
Luruskan niat dan hasrat hamba ini biar hanya REDHAMU yang hamba mahu. KasihMu yang hamba tuju. MaghfirahMu yang hamba dambakan selalu. 

YA Allah
Tiada daya hamba selain yang Engkau berikan. Tiada mampu hamba selain yang Engkau izinkan. Tiada milik hamba dan yang ada hanya milikMu wahai Allah Pemilik sekalian alam.


Hamba yang dhaif...

Saturday 23 January 2016

Teks : Norhafizah Mat Yusoff

Entri 1 :
Pengenalan diri.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam buat Rasulullah s.a.w, Rasul junjungan dan ikutan sepanjang zaman. Segala puja dan puji hanya layak untuk Allah Pencipta, Pengatur, Pentadbir jua Pemilik segala yang ada di langit juga di bumi. Hanya Dia Tuhan yang layak disembah, ditaati jua tempat mengadu merintih dan meminta sekalian makhluk.

Alhamdulillah... akhirnya dengan izin Allah, saya berjaya untuk memulakan langkah belajar untuk menulis melalui laman ini. Izinkan saya memperkenalkan diri..mudahan perkenalan ringkas ini akan merapatkan ukhuwwah seterusnya mencambahkan rasa bersama untuk kita saling berkongsi.

Saya diberi nama Norhafizah. Anak ke 4 dari 11 beradik. Berasal dari Kota Bharu, Kelantan. Lahir dalam keluarga yang sangat sederhana dan dibesarkan oleh ibu ayah yang sangat menitikberatkan didikan agama.  Telah berkahwin dan direzekikan 6 anak. Anak yang sulung Abdul Fattah, seorang anak istimewa Sindrom Down, kini berusia 11 tahun. Anak kedua Abdul Muizz, 10 tahun, ketiga Asiah Mardhiah, 8 tahun, seterusnya Fatimah Anisah 4 tahun dan di kembar yang ceria Abdullah Muhsin dan Abdullah Muslih 3 tahun.  Kini saya menetap di Kuala Nerus, Terengganu.

Latar belakang pendidikan awal bermula di Kota Bahru, Kelantan. Selepas PMR saya berjaya masuk ke Kolej Islam Sultan Alam Shah, Klang. Sekolah yang banyak membentuk peribadi saya sehingga kini. Selepas SPM saya berjaya masuk ke Pra Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya sebelum seterusnya melanjutkan pelajaran hingga peringkat ijazah sarjana muda dan master di situ dalam bidang Usuluddin (Al-Quran dan Al-Hadith). Semasa menyiapkan tesis MA, saya memohon KPLI (memenuhi permintaan ibu) walaupun ketika itu cita-cita melangit untuk fokus dan menyiapkan tesis. Dipendekkan cerita, Alhamdulillah saya berjaya juga menyiapkan tesis (dalam tempoh 7 tahun lebih) di samping tugas sebagai seorang guru.  11 tahun tahun saya menjawat jawatan guru ( 2004- 2015), saya akhirnya akur, jiwa saya bukan sebagai penjawat awam di sekolah kerajaan. Saya suka mengajar, suka kepada anak-anak yang dahagakan ilmu dan bimbingan tetapi diri saya sangat tidak gembira untuk berkhidmat di sekolah. Akhirnya setelah bertahun-tahun beristikharah dan mengambil pandangan orang-orang tersayang, saya nekad meletak jawatan sebagai seorang guru pada Jun 2015. Alhamdulillah.

Kelahiran Abdul Fattah, anak istimewa saya sangat banyak mengubah hidup saya jua keluarga saya keseluruhannya. Alhamdulillah, Allah rezekikan saya dan suami hati yang sangat redha sewaktu kali pertama doktor memberi khabar anak yang saya lahir itu, istimewa. Seawal usianya beberapa hari, saya dan suami sentiasa berimpian akan sedaya upaya berusaha membantunya menjadi se'normal' yang boleh. Saya juga mula merasai saya sangat menjiwai anak-anak sepertinya. Pengalaman sukar mencari tempat terapi dan tempat yang menyediakan pendidikan awal untuk anak-anak seperti Fattah sentiasa mencabar saya untuk belajar, membaca buku, menghadiri apa jua seminar atau bengkel yang berkaitan. Sehingga kini, saya masih kehausan ilmu dan bimbingan dan sentiasa ingin belajar lagi tentang anak istimewa ini. Inilah yang mendorong saya menulis di blog ini. Ingin berkongsi ilmu yang tidak seberapa, mudah-mudahan akan terbuka pintu ilmu lagi buat diri ini.

Sebelum menutup bicara kali pertama ini.. saya ingin berkongsi matlamat jua impian saya sekian lama. Saya bercita-cita membuka sebuah Pusat Pendidikan Anak-Anak Istimewa yang menawarkan perkhidmatan terapi sewal usia (0-6 tahun) dengan pendekatan Al-Quran dan islamik. Pusat yang boleh membantu ibu bapa yang anak istimewa membuat latihan dan pemulihan anak istimewa seawal usia. Tapaknya sudah ada. Bagaimanapun perjalanan masih sangat berliku di rasai. Mohon doa semua. saya sangat kerdil tetapi dengan izin Allah jua kuasaNya tiada yang mustahil, InsyaAllah. Mudah-mudahan blog ini akan menjadi medan saya berkongsi pengalaman, ilmu dan saya jua mendapat ilmu dan pengalaman dari pembaca sekalian.

Ya Allah, padaMu ku sandar harapan jua mohon pertolongan.

Terima kasih kerana sudi membaca. Semoga bertemu di entri berikutnya... insyaAllah.